Malaysian National Pigeon Association

The Malaysian Fancy Pigeon Family

Blog Post New Entry

Pertandingan dan Pertunjukan Burung Merpati Malaysia.

Posted by Benny Chai on October 8, 2010 at 7:46 AM Comments comments (10)


Pertandingan dan Pertunjukan Burung Merpati Malaysia.


Salam sejahtera kepada semua ahli Persatuan Burung Merpati Malaysia atau juga dikenali sebagai Malaysian National Pigeon Association (MNPA). Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami ke atas kesetian dan sokongan yang telah anda tunjukkan kepada persatuan ini. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli dari negara-negara luar seperti United Kingdom, Filipina, India dan Pakistan. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kami ingin mengumumkan bahawa MNPA sedang membuat persiapan untuk menganjurkan buat pertama kalinya, pameran serta pertandingan burung merpati Malaysia.



Pameran seumpama ini pernah diadakan tidak berapa lama dulu oleh sekumpulan penggemar burung merpati di Malaysia. Ia diadakan hanya secara kecil-kecilan dan terhad kepada kawasan-kawasan setempat. Sekarang, dengan adanya kemudahan internet, kegiatan seumpama ini dapat dikembangkan dan diperbesarkan lagi untuk merangkumi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Kami juga ingin memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengadakan pameran seumpama ini di peringkat Kebangsaan dengan penglibatan ahli-ahli termasuk dari Sabah dan Sarawak. Ini memerlukan sokongan dan kerjasama dari semua alhli bagi menjayakannya.





Bagi saya, ini diibaratkan seperti sebuah mimpi menjadi kenyataan, sambil menjadi sebahagian daripada usaha ke arah menjadikan pemeliharaan burung merpati sebagai salah satu hobi yang terbaik dan memuaskan di dunia. Sekali lagi, ini memerlukan sokongan serta sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dalam apa jua bentuk - samaada dari segi kepakaran dan cadangan. Buat masa ini, maklumat lanjut seperti tempat, tarikh dan masa masih belum ada, dan terbuka kepada cadangan. Kami juga berhasrat untuk berkerjasama dengan pihak media untuk menerangkan dengan lebih lanjut pemeliharaan burung merpati sebagai satu hobi agar dapat menarik lebih ramai lagi peminat serta ahli baru.



Untuk pertandingan yang julung kali bakal diadakan ini, persatuan telah memilih 4 jenis baka burung merpati yang akan dipertandingkan. Ia adalah jenis yang banyak terdapat di mana-mana, iaitu Indian Fantail, American Fantail, Modena dan Show King. Alasannya mudah sekali - agar lebih ramai ahli dapat menyertai pertandingan ini.





Bagi ahli-ahli yang mempunyai baka jenis lain – samaada burung tempatan atau yang dibawa masuk dari negara luar, mereka bolehlah juga turut serta, tetapi untuk pameran sahaja dan bukan untuk dipertandingkan. Ahli-ahli boleh juga menjual burung mereka semasa acara ini berjalan.

Dan kepada ahali-ahli yang mempunyai kmudahan internet, adalah diharapkan agar berita ini dapat dihebahkan, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai kemudahan ini agar dapat menarik lebih ramai pengunjung.



Saya serahkan kepada saudara-saudari sekelian bagaimana acara ini akan dijalankan.

Cadangan seperti tempat , tarikh, bayaran penyertaan untuk ahli / bukan ahli dan lain-lain.



 

Sekian Terima Kasih


Ben @ MNPA


www.mnpa.webs.com


MNPA Facebook


===============================================================================

 

English


Malaysian Pigeon Exhibition

 

Greetings to all members of the MNPA. MNPA would like thank you for your loyalty and support to the Malaysian National Pigeon Association. We also like to thank our extended family members from various countries like the United Kingdom, Philippines, India and Pakistan. Today I wish to inform all our Malaysian members that MNPA is preparing to stage our first pigeon exhibition and breed standard competition.



Many years ago similar pigeon exhibitions were carried out by pigeon enthusiast in Malaysia on a small scale within small townships and amongst friends. Thanks to the internet we now can have a slightly larger scale comprising of almost all the states in West Malaysia. Eventually we plan to go further to our brothers in East Malaysia, Sabah & Sarawak. For now we are happy to announce that some of us at MNPA are on the planning stages for a national pigeon exhibition. To see this thru we will require dedicated members to assist us in making this a reality.





For me this is a dream come true, to be a part of the history of pigeon keeping in Malaysia and the start of the greatest hobby on earth. To make this dream come thru we would need the help of all our esteem members. We need your expertise and your suggestions. The date, time and venue are open for discussion. Please join us. We would get the various media to promote this to the public in the hopes of bringing more people to enjoy keeping exotic and fancy pigeons in Malaysia.



For the first ever pigeon competition, MNPA has only chosen four types of pigeon’s breeds to take part in the breed standard competition. These four breeds is none other than the most common of all breeds available everywhere. They are the Indian Fantail, the American Fantail, The Modena and the Show King. The reason for this is that more members have these breeds with them and so more members can take part.




For those who may not have these common breeds may bring along any other breed, local or imported i.e. Fancy, Utility, Racing, Structure, Color and Performing Pigeons for Exhibition only and not for Competition. Members are also allowed to sell their extra pigeons during the event in hopes to cover their cost if they wish. Please inform your friends and other pigeon keepers who may not have excess to the internet and those who would like to witness this interesting and different kind of event.


 

We leave with you today a few questions on how execute this.

 

Venue?, Date? and/or Entrance fee for members and non members?


Thank you


Ben @ MNPA

 



===============================================================================


Recent Videos

1497 views - 3 comments
1429 views - 0 comments
1196 views - 0 comments
1228 views - 0 comments