Malaysian National Pigeon Association

The Malaysian Fancy Pigeon Family

Rial


Member
Joined Mar 9 2011
Actions
Send a Message
Add as Friend
Flag as Inappropriate
General Info

MALE
Malaysia
Site Memberships

Malaysian National Pigeon Association

Recent Activity
About Me

Aku mula memelihara burung merpati ni sewaktu zaman bersekolah lagi. Asalnya aku hanya memelihara sepasang burung merpati kacukan antara Pomeranian Pouters dengan Swallow (pasangan tu berwarna ash red) , waktu tu nak beli baka Pure Breed mana ada duit tapi aku berpuas hati sebab burung merpati yang aku bela tu bersaiz besar dan boleh terbang tinggi tak salah aku berat setiap ekor dalam 700gram... Oleh sebab aku tak berapa berkenang dengan warna pasanga tersebut aku beli seekor jantan kacukan Swallow dari kawan aku yang berwarna putih dan aku kawinkan dengan betina kacukan Pomeranian yang aku beli tu dan gembiranya aku dalam masa 2 minggu sahaja pasangan merpati aku tu bertelur dan 3 minggu selepas itu menetas sepasang anak berwarna putih.

Makan cukup, kasih sayang cukup maka besarlah anak burung  merpati aku tu dan yang aku gembira ialah bila saiz anak yang akau dapat tu lebih besar daripada induk dia... Bulu putih bersih dan bulu kaki sangat lebat dan yang paling aku seronok ialah merpati aku nie boleh terbang tinggi walaupun kebiasaanya merpati yang bersaiz besar tak boleh terbang tinggi. Dari pasangan induk tadi aku biarlah sampai dapat anak kali kedua mereka tapi kali nie anak yang dihasilkan kurang memuaskan so aku sembelih mana yang tak cantik termasuklah induk dia... Mulai dari hari itu aku bela mana yang cantik dan kalau tak salah aku, aku hanya simpan 2 pasang sahaja yang berwarna putih dan aku rasa cantik sampailah berbelas ekor.... Bila aku dapat sambung belajar kat Universiti burung-burung aku tak ada orang nak jaga dengan sempurna dan harapkan pada mak aku sahaja, bila kurang penjagaan maka banyaklah penyakit yang datang dan yang ngerinya siap kena makan dengan ular sawa lagi...last2 aku kesian aku kasi kat pakcik aku sepasang dan selebihnya aku sembelih, sayang jangan cakaplah tapi nak buat macam mana itu jer jalan yang terbaik daripada mereka semua hidup tak ada kasih sayang.

So, sekarang Insyallah kalau ada rezeki aku nak bela balik dengan baka Pomeranian Pouter (White), sebab kenapa aku minat dengan baka Pomeranian Pouters (White) adalah kerana bentuk badan dia yang cantik, tegap dan elegence, why i choose white color? Because "This is a very popular color and The standard level is very high"

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

You must be a member to comment on this page. Sign In or Register

2 Comments

Reply Nieza
12:19 AM on March 25, 2011 
Salam,Welcome to MNPA,sekarang dah ada berapa merpati pelihara ?photo dlm galery tu u punya merpati atau d/load dlm internet ?Nampaknya u peminat setia keluarga pouter.FYI saya baru saja kematian female pouter......cadang tu nak cari baru utk replacement,regards
Reply Benny Chai
12:23 PM on March 17, 2011 
Selamat Datang ke MNPA ... setiap ahli atau peminat merpati .. ada cerita khusus tentang bagaimana mereka memulakan perjalanan mereka dengan merpati ... Saya berharap lebih ramai orang akan berkongsi cerita dan pengalaman bagi orang lain untuk membaca .. mnpa sangat berterima kasih atas sumbangan anda .. terima kasih

Recent Videos

1449 views - 3 comments
1386 views - 0 comments
1157 views - 0 comments
1190 views - 0 comments